Selasa lepas, Jodan menonton cerita ini di panggung. Walaupun Jodan agak takut jugak membelanjakan RM 10 untuk filem bergenre begini, namun filem ini memang tidak menghampakan. Ia sesuai ditonton seisi keluarga apatah lagi musim cuti sekolah dan perayaan begini. Patut lah filem terbitan Disney ini berjaya mendapat kutipan terbanyak di Amerika.

Filem lakonan Patrick Dempsey, James Marsden dan Susan Sarandon menggabungkan animasi dan live-action. Animasi disini tidaklah macam filem Beowulf yang baru ditayangkan yang menggunakan teknik motion capture, tapi ia adalah animasi tradisional Disney seperti mana kita pernah lihat dalam filem Bambi, Snow White dan pelbagai lagi.

Jalan ceritanya mudah dan malah pengakhirannya dapat diagak. Namun begitu filem ini menonjol banyak parodi dari filem dongeng Disney yang lain yang mampu buat kita tersenyum dan ketawa. Walaupun setengah adegan-adegan tak masuk akal seperti Putra Edward yang tiba dari Andalasia tahu menyewa hotel murah dan membeli makanan di kedai makanan segera, namun begitu ia tidak mencacatkan sangat filem ini.

Marilah kita tonton filem ini sebelum ditayangkan di DISNEY CHANNEL di Krimas akan datang.